sksiol.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN SIOL KANAN
Lorong Juara 1, Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah Tel : 082447685, Faks : 082447685
e-mel : sksiol@zoom-a.com
| PERASMIAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | Untitled |

SEJARAH SEKOLAH


Pejabat Am Sekolah

Makmal Komputer Al-Jazari
          Sejarah sekolah bermula pada penghujung tahun 2002 apabila pihak Kementerian Pendidikan meluluskan pembukaan sebuah sekolah rendah baru bagi menampung keperluan pendidikan semasa. Terletak di lokasi strategik iaitu di kawasan perumahan Taman Sukma, Petra Jaya, kewujudan SK Siol Kanan bukan sahaja untuk kemudahan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan ini malahan dari kampung-kampung yang berdekatan.

Anjung Muhibah
(Kantin)

Pusat Sumber Ibnu Khaldun
(Perpustakaan)

          SK Siol Kanan mula dibuka pada 3 Mac 2003. Pada waktu itu, En. Ajol Aman telah memegang jawatan sebagai Pemangku Guru Besar. Beliau telahpun mengetuai pihak pentadbiran dan dibantu oleh PK HEM iaitu Pn. Norlela Wati Bt. Mohd Noor dan PK KK Pn. Hjh Hasiah Bt. Hj Said sehingga pada 17 April 2003. Bilangan guru pada masa itu hanya seramai 32 orang dan hanya 18 buah kelas saja yang beroperasi.

          En. Ali B. Bujang adalah guru besar pertama yang berkhidmat di SK Siol Kanan mulai 17 April 2003. Beliau yang berasal dari daerah Sadong Jaya merupakan seorang yang berpengalaman dari segi perkhidmatan sebelum bersara wajib pada    3 Januari 2007. Tempat beliau telahpun diganti oleh Pn Hjh Saptuyah Bt. Hj Abang bermula dari 16 Jun 2007.

          Semasa tahun pertama beroperasi, murid-murid yang mengisi enrolmen adalah murid-murid yang berpindah dari SK Semariang, SK Encik Buyong, SK Gita, SK RPR Jalan Astana, dan SK Rakyat Tupong. Murid-murid berkenaan kebanyakannya tinggal berhampiran dengan sekolah ini.

          Sekolah ini dilengkapi dengan prasarana asas seperti bilik makmal, surau, bilik muzik, pusat sumber, bilik kesihatan, koperasi, kantin, padang permainan serta ruang tapak perhimpunan. Lebih kurang 6 tahun beroperasi, bangunan tambahan telah
dibina iaitu prasekolah dan makmal komputer.

          Demikian catatan serba ringkas berkenaan SK Siol Kanan yang kini telah masuk tahun ke-8 premis ini beroperasi sebagai salah sebuah institusi pendidikan rendah yang terus gah menyumbangkan baktinya untuk agama, bangsa dan negara.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: